Pembelian Peralatan Keselamatan - pemadam api & lampu kecemasan (flood lights) & Kempen CPR dan Keselamatan Asas Komuniti

.jpeg)

.jpeg)

Latihan CPR & AED oleh National Heart Association Malaysia (NHAM) telah memanfaatkan sebanyak 50 peserta-peserta. Latihan tersebut merangkumi sesi taklimat tentang kepentingan CPR dan AED sebagai kemahiran untuk menyelamatkan nyawa (life saving skill) dan juga latihan dengan tangan (hands-on) melalui penggunaan patung khas.
Fokus Latihan Keselamatan Kanak-Kanak (Kids’ Safety) oleh Prof. Dr. Kulanthayan KC Mani adalah keselamatan jalan raya untuk kanak-kanak. Sesi ini telah menarik minat dari lebih kurang 30 kanak-kanak bersama dengan ibubapa mereka (jumlah: 50 perserta).
Latihan Keselamatan Kebakaran (Fire Safety) oleh Fire Fighter Industry merangkumi sesi untuk menjelas punca kebakaran yang berlainan dan cara untuk memadam api mengikut punca kebakaran yang berlainan tersebut. Peserta-peserta, khususnya kanak-kanak, juga diberi peluang untuk mencuba untuk mengguna pemadam api untuk memadam api melalui suatu sesi demonstrasi.
Secara kesuluruhannya, penyertaan yang amat positif oleh penduduk-penduduk dalam kempen keselamatan yang berjaya dianjurkan ini amat menggalakkan. Kempen ini telah berjaya untuk memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk-penduduk yang mengambil bahagian.