AKTIVITI |
PROGRAM BANTUAN AWAL KECEMASAN DAN PROGRAM PENGURUSAN BENCANA


Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Desa Utama (PPTDU) bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ini dapat meningkatkan pengetahuan tentang pendedahan dan pemahaman dalam kalangan komuniti tentang aspek-aspek bantuan awal kecemasan dan pengurusan bencana di kawasan kejiranan setempat. Selain itu, program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada komuniti dalam aspek pencegahan dan persediaan bagi menghadapi keadaan kecemasan serta aspek keselamatan yang memerlukan tindakan awal, sementara menunggu bantuan kecemasan tiba.