AKTIVITI |
KEMUNING PERMAI RESIDENTS GET TOGETHER AND FIRE SAFETY AWARENESS EVENT


Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Kemuning Permai bersama Syarikat Fire Fighter S/B dapat meningkatkan pengetahuan tentang pemahaman dalam kalangan komuniti tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran api di kawasan Kemuning Permai. Selain itu, program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada penduduk Kemuning Permai dalam aspek aspek pencegahan dan mengawalan kebakaran. Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran komuniti setempat dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dari situasi kebakaran. Disebabkan BOMBA tidak dapat hadir kerana kesuntukan masa serta cuti pada Hari Malaysia, Fire Fighter telah bersetuju memberi latihan dan alat alat pemadam api dengan diskaun yang banyak. 


Program ini juga meliputi aspek kejiranan serta mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk Kemuning Permai yang tidak dijalankan sejak 2020 disebabkan penularan Covid 19. Seramai 356 orang penduduk dari 230 buah rumah telah menghadiri acara ini yang juga disertai oleh YB Preakas Sampunathan ADUN Kota Kemuning bersama dengan En. Simon Kong MBSA Councillor). Turut menghadiri acara ini adalah penyumbang dari syarikat seperti SimpliSolar, Fire Fighter dan Digi Fiber. Sumbangan untuk menjayakan acara ini juga diperolehi dari GPPK dan penduduk Kota Kemuning. 


Acara dimulakan pada jam 1800 oleh Presiden dan YB Preakas, disusuli dengan pemberian cenderamata kepada YB Preakas dan En. Simon Kong. 


Persembahan Tai Chi juga disertai oleh YB Preakas dan En, Simon. 


Selain dari jamuan yang disediakan oleh Lynn Catering, Inside Scoop, Warung Hijau satay, Nookiah Rojak, Goh Abdullah Asam Laksa, pelbagai aktiviti dijalankan. “Fashion Show” mengunakan kertas warna dan bendera Malaysia untuk 3 categori umur, Lucky Draw dan pemberian alat pemadam api dry powder 1 kg) kepada penduduk secara cabutan. Pihak RA juga akan membeli alat pemadam api untuk penduduk yang lain dari dana sendiri. 


Wakil dari Fire Fighter telah memberi taklimat mengenai jenis kebakaran, jenis alat pemadam api dan juga cara cara menggunakan alat pemadam api yang telah diberikan kepada penduduk. Beberapa penduduk telah diajar bagaimana menggunakan beberapa jenis (dry powder, CO2, blanket) alat untuk memadam api. 


Taklimat serta demo sangatlah diterima baik oleh penduduk sehingga ramai yang ingin menjadi sukarelawan sebagai “Fire Marshall”. Di pondok pengawal utama telah disediakan 4 9kg dry powder dan 2 CO2 fire extinguisher. 4 alat pemadam api baru telah diletakkan di pejabat RA dan di pondok pengawal di sebelah belakan taman Kemuning Permai. 


Pihak kami amat berterima kasih kepada GPPK dan semua penyumbang yang telah menjayakan acara ini.