AKTIVITI |
Program Keselamatan dan Kesejahteraan Komuniti Bersama Penduduk Taman Subang Murni


BUTIRAN PROGRAM

Nama Program: Program Keselamatan dan Kesejahteraan Komuniti Bersama Penduduk Taman Subang Murni

Tarikh: 5hb November 2023

Masa: 8 pagi sehingga 12 tengah hari

Tempat: Tangki air, Jalan Zuhrah U5/150

Bilangan Peserta: 97 peserta, 7 Urus Setia dan 10 Wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling



Program yang dijalankan oleh Persatuan Penduduk Taman Subang Murni ini adalah dengan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Majlis Bandaraya Shah Alam. Selain daripada program kesedaran pencegahan denggi, program seperti ini juga dapat membantu mengeratkan Kembali silaturrahim  dan semangat kejiranan dalam usaha memupuk keharmonian and kesejahteraan di kalangan penduduk Taman Subang Murni. Semoga semua penduduk mendapat manfaat daripada program ini khususnya dapat membasmi penyebaran wabak denggi dan merapatkan ukhwah sesama penduduk di kejiranan ini. Program ini juga secara tidak langsung meningkatkan kesedaran semua ahli komuniti setempat dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan bebas dari wabak penyakit.