AKTIVITI |
SAMBUTAN HARI WARGA EMAS @PAWE TANJON KARANG


LAPORAN PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) TANJONG KARANG


AKTIVITI: SAMBUTAN HARI WARGA EMAS 2024 & ULANG TAHUN KE-3 PAWE


ANJURAN: PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) TANJONG KARANG @PKMD KUALA SELANGOR DAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN INSAN PARLIMEN TANJONG KARANG


TARIKH:  : 1 OKTOBER 2024 (SELASA)

MASA    : 8.00 PAGI – 2.00 PETANGI 

TEMPAT : DEWAN PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE), TANJONG KARANG 


Objektif Sambutan Hari Warga Emas boleh merangkumi beberapa aspek utama, antaranya:

1. Mengiktiraf Sumbangan Warga Emas

Menghargai jasa dan sumbangan warga emas dalam membangunkan keluarga, komuniti, dan negara.

2. Meningkatkan Kesedaran Tentang Isu Warga Emas

Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh golongan warga emas serta memperkasakan usaha untuk menyokong mereka.

3. Menggalakkan Penyertaan Aktif Warga Emas

Mendorong warga emas untuk terus aktif dalam aktiviti sosial, ekonomi, dan budaya sebagai sebahagian daripada masyarakat yang dinamik.

4. Meningkatkan Sokongan Sosial dan Kesihatan

Menggalakkan penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik untuk kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi warga emas.

5. Memupuk Semangat Komuniti dan Kerjasama

Mewujudkan platform untuk kerjasama antara agensi kerajaan, NGO, dan masyarakat dalam usaha meningkatkan kualiti hidup warga emas.

ATURCARA PROGRAM:

MASA PROGRAM

7.30 Pagi - 7.45 pagi Ketibaan tetamu jemputan 

 8.00 pagi – 8.45 pagi   Senamas Warga Emas oleh En. Muhammad bin Zahari

                     Fisioterapi. Klinik Kesihatan Sungai Besar          

8.45 pagi             • Sarapan pagi

• Pertandingan Dam Aji & Batu Seremban bermula

9.15 - 11.15 pagi • Sesi Advokasi PAWE  :

Tajuk 1: “Program Sayangi & Penjagaan Warga Emas ” 

oleh Puan Khairani binti Ismail. Jurulatih dan Juru Terapi 

Urutan Sukan, Warga Emas & OKU

Tajuk 2 : “Peranan PAWE Pemaju Kesejahtaraan Warga Emas dalam Komuniti” oleh Cik Khor Siew Yee, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian OKU & Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor 

11.15 - 11.45 pagi • Ucapan Aluan Pengerusi Majlis 

• Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Selangor 

• Bacaan Doa & Berselawat 

• Persembahan Brain Gym Horre PAWE 

• Ucapan Aluan Pengawai Kebajikan Masyarakat 

• Ucapan Pegawai Kesihatan Daerah  

• Ucapan Perasmian Tuan Mohd Yahya, Penyelaras DUN, 

• Anugerah Keahlian PAWE ke-400

• Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi & Tetamu

 11.45 pagi             Lawatan Tapak Pameran 

• Pertandingan Kognitif Warga Emas Ceria 

Kuih Tradisional :Wajik, Kuih kacau, Bahulu, Kerepek

Permainan Batu Seremban, Tepuk 369 & Congkak 

• Kaunter Khidmat Kebajikan (JKM)

• Kaunter Khidmat Kesihatan (KKM)

12.00 Tengah Hari         Persembahan Ikon Warga Emas (Herman Tino) 

                       Jamuan  

• Sambutan Hari Lahir Warga Emas 

• Majlis Penyampaian Hadiah


Kehadiran 330 orang: 

1. Tuan Poovaneswaran A/L Supramaniam : Pengawai Kebajikan Daerah Kuala Selangor

2. Dr Faridah binti Amin, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Selangor

3. YB Dr Mohd Zamri bin Mohd Mainuldin: ADUN Sungai Burong &3orang

4. Tuan Mohd Yahya bin Mat Sahri, Penyelaras DUN Permatang & 4 orang

5. Tok Mohd Saiful bin Abu Kair. Penghulu Mukim Tanjong Karang

6. 10 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampong JPKK

7. Majlis Perbandarang Selayang; 4 orang 

8. Institut Latihan KKM, sg buloh, 4 orang 

9. Jabatan Kebajikan Masyarakat, 6 orang 

10. Klinik Kesihatan Tanjong Karang, 8 orang 

11. Jawatankuasa PAWE. 18 orang 

12. PAWE Sabak Bernam, 7 orang 

13. Herman Tino & 4 orang

14. Warga Emas / Ahli PAWE yang diraikan, 230 orang 

15. Komuniti, 26 orang


Disediakan oleh:

ZUBAIRI BIN HUSSIN

Penyelia PAWE Tanjong Karang

Pengarah Program/Sekretariat

013-2287070