AKTIVITI |
Gotong Royong Membasmi Wabak Denggi Siri 1


Agensi terlibat : MBS, SWM

Sasaran peserta : 60-70 orang

Yang hadir : 58 penduduk

Program bermula pada 8.00 pagi di padang permainan awam sebelah Surau Al-Taqwa Garden City Homes di mana penduduk menjamu selera sarapan pagi yang disediakan oleh Persatuan Penduduk. pad 8.20am , briefing skop kerja dan pembahagian kumpulan serta edaran alat perkakas dan plastik sampah.

Zon pembersihan dibahagi kepada 5 zon yang semua fokus kepada kawasan dalam dan luar pagar taman, iaitu mengutip semua sampah plastik / bekas makanan atau minuman yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan juga daun-daun kering. Selain itu, pokok renek yang tumbuh berkeliaran sehingga menghalang laluan jalan juga dicantas dan ditebang. Semua ranting pokok yang dicantas / tebang telah diangkut dan dialihkan oleh lori yang disediakan oleh MBS dan SWM.

Program dikira berjaya kerana kawasan pagar sepanjang perimeter Taman Perumahan kelihatan jauh lebih bersih dan ceria selepas gotong royong tersebut. Malahan melalui program ini nampak terdapat pergaulan sesama penduduk dan memupuk jalinan silaturahim yang mesra di kalangan peserta yang datang membantu pada hari tersebut.