KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN





Program Kursus pengendalian makanan ini dapat dijalankan dengan lancar dengan mengikut tentatif yang dirancang.Kursus ini merangkumi pengenalan ,kebersihan makanan,keselamatan makanan dan faktor-faktor kritikal keracunan makanan.
Kesimpulan kursus ini boleh menjelaskan
-betapa pentingnya latihan pengendali makanan dan memahami kebaikan latihan pengendali makanan.
-memahami bahawa kebersihan makanan bermula dari pengendali makanan dan persekitaran.
-menjadi lebih peka terhadap kebersihan diri,peralatan yang digunakan dan keadaan premis.
-menjelaskan pakaian yang sepatutnya dipakai sewaktu mengendalikan makanan.
-melakukan amalan yang baik semasa mengendalikan makanan.memilih bahan mentah yang baik sebelum menyediakan makanan.
-menjelaskan cara penyediaan bahan mentah dan makanan yang bersih dan selamat.
-memilih bahan mentah yang baik sebelum menyediakan makanan
-menyenaraikan faktor-faktor kritikal keracunan makanan
-mengetahui tindakan yang patut diambil untuk mengawal faktor kritikal keracunan makanan.