AKTIVITI | KESELAMATAN
Program Rondaan Bermotosikal Keselamatan Komuniti (Night Watch)


Persatuan Keselamatan Komuniti dijalankan sebagai salah satu langkah untuk menjaga keselamatan dalam sesuatu kawasan di samping membantu pihak polis dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah yang semakin meningkat pada masa sekarang.

Program ini menjalinkan hubungan kerjasama antara keselamatan komuniti , PDRM dan masyarakat setempat di dalam sesebuah daerah sejajar dengan focus utama perkongsian maklumat dan membentuk satu jaringan untuk menjayakan satu daripada NKRA nagara kearah mengurangkan kadar jenayah terutama sekali jenayah jalanan.

Melahirkan masyarakat yang aktif dan cergas dari segi fizikal, mental dan emosi serta informasi keselamatan,

Program Rondaan Bermotosikal Keselamatan Komuniti berkerja sama dengan PDRM Batu Gajah, Perak.

Melalui program ini memberi suntikan semangat kesukarelaan di kalangan generasi muda dalam menganggotai pasukan sukarela sedia ada seperti Persatuan Keselamatan Komuniti.