AKTIVITI |
KURSUS FERTIGASI CILI BARA
  • PERSATUAN KOMUNITI KAMPUNG KELABU BEAUFORT
  • Penganjur : PERSATUAN KOMUNITI KAMPUNG KELABU BEAUFORT
  • Lokasi : DEWAN MINI KAMPUNG PARIT BEAUFORT SABAH
  • Tel : 01133303559
  • Tarikh : 14/08/2022 - 14/08/2022
  • Masa : 8:00AM - 2:00PM
  • 922


Persatuan Komuniti Kampung Kelabu Beaufort menganjurkan Kursus Fertigasi Cili Bara bertempat di Dewan Mini Kampung Parit dan Lawatan Ke Ladang Fertigasi Batu 6 Beaufort pada 14 Ogos 2022 (Ahad). Seramai 35 orang penduduk kampung Kelabu dan sekitarnya terdiri daripada lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas menyertai program ini.


Kaedah penanaman Fertigasi di mana pemberian baja lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. Lima jenis fertigasi iaitu sistem terbuka, sistem gantung, sistem lindungan hujan, sistem lindungan hujan dan serangga serta sistem para.


Penyediaan tapak bermula dengan penyediaan bahan dan peralatan. Pemasangan sistem adalah komponen penting sistem fertigasi. Seterusnya adalah penanaman benih, penyediaan polibeg, pembajaan, kawalan penyakit, meracun dan penuaian hasil. Peserta juga dibawa meninjau ladang sebenar dan berpeluang memetik cili dari ladang. Ladang fertigasi Batu 6 juga menerima pelawat daripada mana-mana pihak dan menjual hasil tuaian secara borong.


Pengerusi Persatuan Komuniti Kampung Kelabu Beaufort, Encik Ridwan Ghani yang juga berpengalaman mengusahakan penanaman Cili Bara dengan kaedah Fertigasi melalui agensi RISDA berharap dengan adanya kursus sebegini memberi peluang kepada peserta melakukan aktiviti yang dapat menambah nilai kehidupan mereka. Maklum balas daripada peserta sangat menggalakkan kerana selepas kursus telah ada yang sudah memulakan pembinaan ladang dengan kapasiti 600 pokok cili bara. Ada juga yang menanam secara kecil-kecilan minima 30 hingga 100 pokok cili bara.