SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN PERIBADI HARIAN ANAK YATIM





Program Majlis Sumbangan Barangan Keperluan Peribadi Harian Anak Yatim telah dijalankan oleh Kelab Santunan Budi Kinta Perak ( KSBK ) pada 17 September 2022 yang bertempat di Dewan DPolo Cafe, Jalan Brash, Ipoh Perak.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk menyalurkan beberapa barangan keperluan peribadi harian seperti sabun mandi, syampoo, ubat gigi, sikat, minyak rambut, kepit kuku dan lain-lain yang berkaitan dengan barangan kegunaan peribadi harian kepada 200 orang anak yatim yang telah kelab sasaran kan.
Sebanyak 30 ahli bersama sukarelawan membantu dalam program ini. Turut hadir adalah 30 orang anak yatim bersama penjaga asrama mereka sebagai mewakili asrama masing-masing untuk menerima sumbangan ini.
Turut memeriahkan program ini dengan kehadiran wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Yayasan Kebajikan Negara Negeri Perak dan wakil dari PEYATIM Negeri Perak.
Selain itu McDonald's Jalan Kuala Kangsar juga bersama-sama di dalam program ini menyumbang sebanyak 250 pek makanan mereka kepada anak-anak yatim dan tetamu yang hadir.
Kami dari KSBK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini terutama kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kerana meluluskan permohonan geran MyiCE bagi kami melaksanakan program kami ini.
Turut sama kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja lain seperti Pasaraya Mydin Meru Raya Ipoh dan McDonald's kerana menaja barangan dan makanan untuk program kami ini.
Insyaallah program ini akan diteruskan dari masa ke semasa supaya lebih ramai lagi anak yatim yang akan mendapat sumbangan seperti ini juga.