AKTIVITI | SOSIAL
Program Gotong Royong Perdana dan Kesedaran Kitar Semula Residensi Taman Desa Manjung, Lumut Perak 2022
  • PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA MANJUNG,MANJUNG,PERAK
  • Penganjur : Persatuan Penduduk Taman Desa Manjung dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dan pemaju Karsin Berhad
  • Lokasi : Taman Permainan dan kawasan persekitaran Taman Desa Manjung, Lumut, Perak
  • Tel : 0164118677
  • Tarikh : 01/10/2022 - 02/10/2022
  • Masa : 8:00AM - 5:00PM
  • 213


PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA MANJUNG, LUMUT MENJALIN UKHUWAH BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG


2 Oktober 2022 (Ahad) - Pada hari ini buat julung kalinya Taman Desa Manjung, Lumut mengadakan program gotong-royong perdana bersama Majlis Perbandaran Manjung. 


Taman perumahan Desa Manjung dikategorikan sebagai taman perumahan yang "muda" di daerah Manjung dan mula diduduki oleh komuniti pada tahun 2017 dengan 203 unit premis kediaman dari pelbagai rumpun bangsa dan kaum yang menghuni di kejiranan tersebut dan menjadi asas yang baik untuk memupuk perpaduan melalui jalinan intergrasi nasional antara kaum.


Program gotong-royong perdana tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Rosli Abd. Rahman selaku Ahli Majlis MPM @ Area Officer dan juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) bagi kawasan Zon 9 itu dimana taman perumahan tersebut termasuk dibawah kawasan seliaannya.


Turut hadir menyerikan program tersebut ialah Encik Asrul Efendi Hassan, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Manjung dan barisan Ahli Jawatankuasa, kakitangan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 1, kakitangan Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti setempat.


Pelbagai aktiviti diadakan seperti Kempen Kitar Semula, kumpul barangan e-waste dan pembuatan baja kompos melalui teknik "Takakura" daripada sisa makanan sampah domestik dimana secara tidak langsung buangan sampah domestik dapat diminimakan dan dimanfaatkan sebaiknya.


Turut diadakan ialah program gotong-royong memangkas dahan pokok, menebang pokok yang merbahayakan dan pembersihan kawasan penempatan.


Objektif program diadakan adalah bagi memupuk hubungan ukhuwah bersama pihak MPM dan juga mewujudkan semangat kekitaan, perpaduan kaum dikalangan komuniti taman disamping dapat meningkatkan tahap persekitaran yang lebih sihat dan selamat di kawasan kejiranan tersebut.