AKTIVITI | KEAGAMAAN
HAJI CILIK


Program Simulasi Haji Cilik ini telah diadakan pada 3 September 2022 bersamaan dengan hari Sabtu. Program ini adalah anjuran bersama pertubuhan Pengurusan Rumah Anak Yatim Al- Mughni, Kolej SIDMA dan Professional Mutawwif Development Sdn Bhd.

 

Program ini adalah bertujuan untuk memberi penekanan terperinci kepada kanak-kanak tentang teori dan amali dalam menyempurnakan Rukun Islam yang kelima ini. Di samping itu program ini dilaksanakan bagi menggalakkan murid-murid menanam keazaman untuk melaksanakan ibadah haji pada usia yang muda.