AKTIVITI | SOSIAL
Pemberian Bantuan Sara Hidup Kepada Warga Emas Bersakit dan Anak miskin kehilanagn ibu-bapa
  • PERSATUAN PENDUDUK TAMAN LUMBA KUDA, PULAU PINANG
  • Penganjur : PERSATUAN PENDUDUK TAMAN LUMBA KUDA, PULAU PINANG
  • Lokasi : Lorong Lumba Kuda, Lintang Lumba Kuda & Medan Goh Guan Ho di Taman Lumba Kuda
  • Tel : 0124322628
  • Tarikh : 08/10/2022 - 08/10/2022
  • Masa : 2:30PM - 3:30PM
  • 148


Persatuan kami telah menghulurkan bantuan sara hidup dalam bentuk makanan dan minuman (termasuk minuman / supplement kesihatan) kepada warga-warga emas yang bersakit serta anak-anak miskin yang kehilangan ibu-bapa.


Barang-barang makanan dan minuman yang diberi adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar yang dimuatnaik diatas.


Dua orang warga emas yang telah terima bantuan kami termasuk seorang bekas setiausaha (berumur 80 tahun lebih) yang telah berkhidmat kepada Persatuan kami pada awal penubuhan Persatuan kami, dan memegang jawatan tersebut lebih daripada 10 tahun. Warga Emas kedua (berumur 70 tahun lebih) yang menerima bantuan kami ialah isteri kepada bekas bendahari Persatuan kami yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Bekas bendahari itu juga berkhidmat lama dengan Persatuan kami sebelum beliau bersara daripada jawatan Persatuan kami.


Persatuan kami juga memberikan bantuan makanan dan minuman kepada dua adik-beradik yang tinggal di Lorong Lumba Kuda. Bapa mereka telah meninggal dunia dan ibu mereka pula telah menghilangkan diri selepas bapa meninggal dunia. Jadi kedua-dua adik-beradik yang masih dalam persekolahan sekarang terpaksa tinggal di rumah seorang pakcik yang telah bersara dan tiada sumber pendapatan, bersama nenek tuan mereka.