AKTIVITI |
Sessi Dialog dan Interaksi Penduduk Taman Lumba Kuda Bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai





Persatuan kami telah menganjurkan satu sesi dialog / interaksi penduduk-penduduk Taman Lumba Kuda bersama dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai.
Dalam sesi ini, yang turut dihadiri oleh pembantu khas kepada DUN Air Puteh En Wong Kian Beng, telah membincangkan isu-isu tempatan yang sedang dihadapi oleh penduduk-penduduk, termasuk -
- isu trafik di persimpangan jalan disebabkan kenderaan yang berpakir tidak mengikut peratuan
- banjir kilat yang berlaku dan fungsi serta keberkesanan sistem siren amaran yang dipasang di Taman ini
- dinding parit monsun yang tidak dikendali dengan baik termasuk pengecatan semula dan pembinaan dinding di sebahagian parit yang belum dijalankan
- pembekalan air yang berterusan dan tak terputus oleh Pihak Berkuasa Air
- isu air longkang yang terhalang dan parit yang rosak
YB Wong dan En Wong mengumpul maklumbalas daripada penduduk-penduduk dan berjanji akan membantu untuk menghubungi pihak berkenaan untuk meninjau isu-isu yang dibincang serta mencari penyelesaian dengan seberapa segera.