AKTIVITI | KEBAJIKAN
HARI KELUARGA DAN PENYERAHAN BANTUAN BAKUL MAKANAN
  • PERSATUAN KETURUNAN DATU LANTUKAN SABAH
  • Penganjur : ADMAN HAJI SAMAT
  • Lokasi : DEWAN KAMPUNG TAMAU, KOTA BELUD SABAH
  • Tel : 01158690012
  • Tarikh : 14/08/2022 - 14/08/2022
  • Masa : 9:00AM - 5:00PM
  • 207


Lebih 400 ahli keluarga Keturunan Datu Lantukan telah menghadiri sambutan Hari Kelurga Datu Lantukan dan penyerahan bantuan bakul makanan kepada ahli keluarga yang dikenalpasti layak menerima bantuan berkenaan. Ahli keluarga Keturunan Datu Lantukan masih mementingkan persaudaraan dan ikatan silaturrahim ini terbukti dengan kehadiran ahli keluarga yang sangat ramai dan sanggup pulang di kampung untuk semata-mata menghadiri hari keluarga tersebut.


Selain penyerahan bantuan bakul makanan, sambutan hari keluarga itu juga di meriahkan dengan cabutan tikat bertuah dengan menyediakan hadiah sebanyak 120 humper, barangan elektrik/mesin dan barangan kegunaan harian . Selain itu juga sambutan itu juga, turut diserikan dengan pertandingan nyanyian, peragaan pakaian kebudayan dan tarian, melukis bagi dewasa dan kanak-kanak serta acara lain seperti anyaman ketupat, acara sukan dan banyak lagi pengisian acara pada ketika itu.