AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERDANA PERSATUAN PENDUDUK HILLPARK FASA 1


PROGRAM KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERDANA PERSATUAN PENDUDUK HILLPARK FASA 1


10 September 2022(Sabtu) – Pada hari ini buat julung kalinya Taman Hillpark Kajang Fasa 1 telah mengadakan Program Kesihatan dan Keselamatan Perdana bersama agensi dari Polis Diraja Malaysia, Pusat Kesihatan Daerah dan Majlis Perbandaran Kajang.

 

Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Pengarah Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam, MPKJ En Kamarul Izlan bin Sulaiman. Kami berbesar hati kerana beliau sudi untuk turut serta dalam program perdana ini

 

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memastikan penjagaan kesihatan dan keselamatan yang optima dalam kalangan komuniti khususnya. Melalui program pengesanan awal terhadap masalah-masalah kesihatan dikalangan komuniti yang diadakan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Daerah dapat memberi pengesanan kesihatan yang optima. Selain itu, program kesihatan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang dalam memberi pengetahuan tentang pendedahan penjagaan persekitaran untuk mengelakkan penyakit berjangkit seperti Denggi.

 

Program ceramah “Komuniti Polising” dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia yang diadakan dapat memupuk kesedaran keselamatan dikalangan komuniti. Program ini akan meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan berkaitan keselamatan selain meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti dalam usaha mewujudkan kesedaran dan kawalan terhadap keselamatan.

 

Menerusi ceramah Pemakanan dan Kesihatan oleh Pakar Pemakanan dari Pusat Kesihatan Daerah memberi kesedaran yang optima kepentingan mengawal dan mengira kalori makanan yang diambil seharian. Proram ini dapat membantu peningkatkan pengetahuan dan sikap komuniti tentang kepentingan menjaga kesihatan.