AKTIVITI |
Kempen Derma Darah
  • PERSATUAN ALUMNI SJK(C) TAMAN RASHNA
  • Penganjur : Persatuan ALUMNI SJK (C) TAMAN RASHNA
  • Lokasi : AEON MALL TINGKAT SATU (BERDEKATAN GUARDIAN)
  • Tel : 019-3826887
  • Tarikh : 16/10/2022 - 16/10/2022
  • Masa : 10:00AM - 4:00PM
  • 395


Kempen Derma Darah yang dianjur oleh Persatuan ALUMNI SJK (C) TAMAN RASHNA mendapat sambutan yang baik. Kempen tersebut dipromosi melalui media sosial dan poster yang digantung di depan Sekolah Jenis Kebangsaaan (Cina) Taman Rashna. Untuk mendorong orang ramai menderma darah dan sebagai tanda penghargaan penderma darah, cenderamata termasuk Pembersih tangan antiseptik (hand sanitizer), Mentega kacang, Serbuk telur masin, SATE PREMIX, Penutup muka (face mask), Tisu pembasmi kuman (disinfectant wipes), air minuman dan biskut disediakan kepada penderma darah.


Pada 16 Oktober 2022 di TINGKAT SATU, AEON MALL BUKIT RAJA, kakitangan HTAR, dengan ahli jawatankuasa Persatuan Alumni SJK (C) Taman Rashna dan sukarelawan mula menyusun meja dan kerusi serta peralatan yang diperlukan untuk membuat dermaan darah sebelum kempen bermula pada pukul 10.00 pagi.


Program kempen derma darah mendapat sambutan yang baik dari permulaan program pada pukul 10 pagi. Ahli jawatankuasa Persatuan Alumni SJK (C) Taman Rashna dan sukarelawan yang terlibat membantu perserta menerang borang yang perlu diisi sebelum dermaan darah dibuat. Selepas pengisian borang, peserta akan menjalani ujian darah dan dinilai oleh doktor dari HTAR, sama ada peserta memenuhi syarat untuk membuat dermaan darah. Selepas itu, kakitangan HTAR akan memasuki maklumat peserta ke dalam sistem dan memberi beg darah kosong kepada penderma darah yang layak menderma. Selepas menerima beg darah kosong, penderma darah yang layak menderma akan mula membuat dermaan darah di katil yang disediakan. Beg darah akan disimpan dalam kotak simpanan yang disediakan. Ahli-ahli Persatuan Alumni yang layak menderma juga membantu mengisi stok bekalan darah. Selepas dermaan darah, penderma darah akan menerima beg bukan tenunan yang disi dengan cendermata yang disediakan. Selain itu, penderma darah akan menerima kek, kotak minuman dan sijil dari HTAR. Penderma darah juga sering mengunjungi latar belakang Kempen derma darah dan mengambil gambar sebagi kenangan.


Kempen Derma Darah ditamatkan dengan sempurna dan diakhiri dengan gambar kakitangan HTAR dengan ahli jawatankuasa Persatuan Alumni SJK (C) Taman Rashna dan sukarelawan yang terlibat.


Melalui laporan yang dibagi oleh HTAR,

Jumlah peserta - 168

Jumlah penderma darah yang berjaya menderma darah – 137

Jumlah peserta yang tidak memenuhi syarat untuk menderma – 31


Program Kempen Derma Darah merupakan program yang dianjurkan bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Persatuan Alumni SJK (C) Taman Rashna. Melalui program ini yang mendapat sambutan yang baik, dan melebihi sasaran 100 penderma yang ditetapkan dalam perancangan menunjukan pengiklanan dan persediaan yang mencukupi memberi kesedaran kepada komuniti masyarakat di Klang tentang kepentingan Negara mempunyai bekalan stok darah yang mencukupi.