AKTIVITI | KEBAJIKAN
MEMUPUK KEHARMONIAN DAN KERJASAMA ANTARA PENDUDUK YANG BERBILANG KAUN DI PANGSAPURI


1.   PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI SS8,

 PPM-022-10-13072021


2.TAHUN 2022


3.TEMPAT AKTIVITI : DI PERKARANGAN PANGSAPURI SS 8.


 a. Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia 2022 dan Perasmian 4 unit lif (2 di blok A dan 2 di blok B)

     oleh YB Maria Chin, YB Halimey, Ahli Majlis Zon 23, Ketua Jabatan KPKT, Salam Subang, Shindler,

     Polis Sg Way dan Bomba serta Penduduk Pangsapuri SS8 pada 11.09.2022.

 b. Program Penjurian Pertandingan Keceriaan Komuniti Merdeka 2022 di Pangsapuri SS 8 pada 17.09.2022

 c. Projek Fatigasi (Tanaman Cili) di Pangsapuri SS 8 pada (Dalam proses perbincangan dgn bantuan Jabatan Pertanian)

 d. Penanaman anak benih bunga untuk mengindahkan sekeliling Pangsapuri SS 8 pada 24.10.2022

 e. Hi-Tea bersama penduduk Pangsapuri SS 8 sempena Deepavali pada 23.10.2022.


4.JUMLAH PERUNTUKAN :

     

     Jumlah PERUNTUKAN SEBENAR YANG DI TERIMA ADALAH BERJUMLAH RM9,500.


5.PERBELANJAAN SEBENAR BAGI SETIAP PROGRAN :

 a. RM 3403.59 Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia 2022 dan Perasmian 4 unit lif (2 di blok A dan 2 di blok B)

     oleh YB Maria Chin, YB Halimey, Ahli Majlis Zon 23, Ketua Jabatan KPKT, Salam Subang, Shindler,

     Polis Sg Way dan Bomba serta Penduduk Pangsapuri SS8 pada 11.09.2022.

 b. RM 2000 Program Penjurian Pertandingan Keceriaan Komuniti Merdeka 2022 di Pangsapuri SS 8 pada 17.09.2022

 c. RM 1500 Projek Fatigasi (Tanaman Cili) di Pangsapuri SS 8 pada 15.10.2022.

 d. RM 300 Penanaman anak benih bunga untuk mengindahkan sekeliling Pangsapuri SS 8 pada 24.10.2022

 e. RM 2100 Hi-Tea bersama penduduk Pangsapuri SS 8 sempena Deepavali pada 23.10.2022.


6.PENERANGAN AKTIVITI :


 a.SAMBUTAN HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2022 DAN MAJLIS PERASMIAN 4 LIF.


Pada 11.09.2022 kami mengadakan majlis sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia serta perasmian 4 unit lif baru

yang di serahkan oleh KPKT pada 5 September 2022. Majlis ini di rasmikan oleh Ahli Parlimen Seri Setia YB Maria Chin, YB Halimey

Dun Seri Setia, Tuan HJ Zamri Ahli Majlis Zon 23, En Baharuddin Pengarah KPKT, pasukan Polis Sg Way dan Pasukan Bomba Kelana Jaya.

Majlis yang amat di tunggu-tunggu oleh penduduk kerana penantian sekian lama setelah lebih 15 tahun menghadapi perit getir dengan permasalahan lif ini. Penduduk teramat gembira dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat sehingga lah penduduk dapat menikmati Lif baru tersebut di 2 unit Blok A dan 2 unit Blok B. Bersempena dengan bulan Merdeka ini kami pilih sebagai lambang bahawa kami telah berjaya dan Merdeka dan keluar dari permasalahan lif ini.     

  

b. PROGREM PENJURIAN PERTANDINGAN KECERIAAN KOMUNITI MERDEKA 2022    


Program ini adalah satu pertandingan Anjuran MBPJ di mana, Penjurian dari pihak MBPJ pada 17 September 2022, Apa yang anda perlu tahu bahawa, PANGSAPURI SS8 yang dahulu lebih di kenali sebagai FLAT PKNS, merupakan unit perumahan yang wujud sejak 37 tahun yang lalu, terdapat 2 bangunan 15 tingkat dengan 18 unit dari setiap tingkat.

Pengambil alihan teraju pengurusan dari PKNS pada tahun 2010 . Memiliki taburan penduduk dari berbagai bangsa termasuk warga tempatan dan warga asing.

Sejak pengambilalihan pengurusan dari JMB pada June 2019,

Pengerusi Perbadanan Pengerusan Geran Strata : En Ahmad Nazri bin Ibrahim,

Pengerusi Rukun Tetangga : En Kassum bin Abbas

Pengerusi Persatuan Penduduk : En Jamaludin bin Mohd Raduan

serta AJK dan ahli yang aktif berusaha mengubah infranstructur sedikit demi sedikit sehingga hari ini.

17 September 2022 hari ini adalah penglibatan kami untuk kali ketiga dalam pertandingan Keceriaan Komuniti Merdeka 2022.

Kali pertama penglibatan kami pada 20 SEPTEMBER 2019 dengan saguhati tempat ke 7.

Kali kedua pada 22 OKTOBER 2020 dengan kejayaan tempat ke 4.

Kali kami akan berusaha lagi bagi menyahut cabaran yang di beri sedaya upaya memenuhi kriteria yang di perjelaskan.

DENGAN TEMA :  KEMERDEKAAN DAN SEMANGAT PATRIOTIK

 “KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

Keputusan penjurian ini menyebelahi Pangsapuri SS 8 untuk tempat KE 3 dengan hadiah Wang Tunai sebanyak RM 2000.

 

c. PROJEK FATIGASI (TANAMAN CILI DI PANGSAPURI SS8


Projek ini adalah projek pantauan bersama Jabatan Pertanian bagi tujuan untuk aktiviti penduduk yang tidak bekerja dan mengisi masa terluang. Kami mendapat khidmat nasihat dari En Shukri, salah seorang dari penduduk Pangsapuri ini yang telah berjaya mengusahakan projek beliau sehingga kepasaran luas. Dengan adanya projek ini nanti maka penduduk dapat memenuhi masa yang terluang yang lebih berfaedah. Dalam masa yang sama kami dapat mengeratkan kerjasama di antara penduduk yang berbilang kaum ini.

 

d. PENANAMAN ANAK BENIH BUNGA


Aktiviti ini juga kami anjurkan seperti projek Fatigasi juga bagi memenuhi masa yang terluang yang lebih berfaedah. Dalam masa yang sama kami dapat mengeratkan kerjasama di antara penduduk yang berbilang kaum ini dan benih bunga tersebut adalah untuk mengindahkan persekitaran pangsapuri SS8 ini.


e. MAJLIS HI TEA BERSEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI


Bersempena Sambutan Perayaan Deepavali bagi penduduk yang beragama Hindu kami mengadakan majlis Hi Tea dan Penyerahan hamper oleh YB Maria Chin dan Ahli majlis Zon 23 Tuan Hj Zamri. Penduduk amat gembira dan berterima kasih kerana dapat

Mengeratkan hubungan sesama bangsa.


7.KESIMPULAN


Dari aktiviti yang kami anjurkan dengan kerja sama semua Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Penduduk dan juga Kerja sama dari Pihak Badan Pengurusan Geran 43287 Pangsapuri SS 8 dan AJK Rukun Tetangga Pangsapuri SS 8, kami Berjaya dengan MISI untuk mengharmonikan serta mengeratkan hubungan sesama kaum bagi penduduk Pangsapuri SS8 ini agar hidup lebih saling kenali dan bantu membantu sesama kaum.