Larian Merdeka 2022 @ Desa Bestari
- PERSATUAN PENDUDUK DESA BESTARI SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR
- Penganjur : Persatuan Penduduk Desa Bestari
- Lokasi : Dewan Serbaguna dan Sekitar Desa Bestari
- Tel : 019
- Tarikh : 28/08/2022 - 28/08/2022
- Masa : 7:20AM - 11:30AM
- 432





Pada 28 Ogos 2022, seramai hampir 150 peserta telah menyertai Larian Merdeka Desa Bestari 2022 bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-65. Program yang diadakan di atas anjuran Persatuan Penduduk Desa Bestari ini adalah bagi menanam semangat perpaduan menerusi platform sukan. Program larian ini juga amat bermakna kerana ia bukan sahaja bagi menanam semangat kemerdekaan dalam diri penduduk Desa Bestari malah turut memupuk budaya hidup sihat disamping mengeratkan lagi tali silaturahim antara jiran tetangga.
Cuaca yang agak redup pada pagi itu nampaknya berjaya menaikkan semangat semua peserta untuk terus komited bagi menghabiskan larian sejauh 2.5 kilometer sambal membawa Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut beberapa hari lagi. Selepas edaran sarapan pagi kepada semua peserta, program ditamatkan pada jam 10.00 pagi.
Pos Popular
IJAZAH BISMILLAH 5 BERSERTA FADHILATNYA
- berita KEAGAMAAN | 40716
Hadis Tentang Amanah dan Akhirat
- aktiviti SOSIAL | 6029
PROGRAM CINTAILAH PANTAI KITA
- aktiviti SOSIAL | 3466
FORUM BUAL BICARA PENGURUSAN PERTUBUHAN CEMERLANG
- pengumuman KEBAJIKAN | 3237
Program Keselamatan dan Kesedaran Pencegahan Jenayah
- aktiviti SOSIAL | 3006
9 Siri Syurga
- promosi | KEBAJIKAN | 2943
Siri Program Wacana Minda : Penyakit Ain Ancaman Melalui Media Sosial (MEDSOS)
- berita SOSIAL | 2906
Pemasangan Papan Tanda Baru
- berita KEBAJIKAN | 2740
PROGRAM BACAAN SURAH YASIN,SOLAT HAJAT & TAHLIL PERDANA
- aktiviti KEAGAMAAN | 2682