AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA
  • PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DATARAN ABADI (FASA 2) SEPANG
  • Penganjur : PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DATARAN ABADI (FASA 2) SEPANG
  • Lokasi : PERKARANGAN JALAN DA 3/1 & JALAN DA 3/2, TAMAN DATARAN ABADI, 43900 SEPANG, SELANGOR
  • Tel : 0133930363
  • Tarikh : 16/10/2022 - 16/10/2022
  • Masa : 9:00AM - 2:00PM
  • 398


LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DATARAN ABADI (FASA 2) SEPANG

 

 

1.            Nama Pertubuhan : Persatuan Penduduk Taman Dataran Abadi (Fasa 2) Sepang | PPM-025-10-08072020

 

2.            Tahun Program : 2022

 

3.            Nama Program : Program Gotong Royong Perdana

 

4.            Tarikh & Masa Program : 16 Oktober 2022 (Sabtu) | 9.00 Pagi - 2.00 Petang

 

5.            Tempat Program : Perkarangan Jalan DA 3/1 & Jalan DA 3/2, Taman Dataran Abadi, 43900 Sepang, Selangor

 

6.            Bilangan Peserta / Kumpulan Sasar : Jumlah peserta bagi program ini adalah seramai hampir 250 orang melibatkan penyertaan daripada semua Ahli Persatuan Penduduk Taman Dataran Abadi (Fasa 2) Sepang serta keluarga merangkap penduduk setempat, Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Kakitangan Majlis Perbandaran Sepang dan Warga Surau An-Nur RTB Labu Lanjut, Sepang.

 

7.            Jumlah Peruntukan : Jumlah peruntukan sebenar yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) adalah berjumlah RM10,000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Sahaja). Kelulusan dan pengesahan penerimaan bayaran Geran MyICE 2022 adalah seperti di Lampiran A.

 

8.           Perbelanjaan Sebenar : Jumlah perbelanjaan sebenar adalah berjumlah RM10,000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Sahaja) dan perincian perbelanjaan adalah seperti di bawah:

 

Peruntukan

:

RM10,000.00

 

(Tolak : Perbelanjaan)

 

 

 

i.         Makan & Minum

:

RM6,000.00

ii.      Percetakan & Publisiti

:

RM250.00

iii.    Sewaan Khemah

:

RM750.00

iv.    Sewaan Sistem Siaraya

:

RM500.00

v.       Belian Peralatan Gotong Royong

:

RM2,000.00

vi.    Pelbagai

:

RM500.00

 

Jumlah Perbelanjaan

:

(RM10,000.00)

 

Baki

:

RM0.00

 

9.            Program / Aktiviti : Foto-foto pelaksanaan Program Gotong Royong Perdana adalah seperti di Lampiran B.

 

10.       Kesimpulan : Program Gotong Royong Perdana merupakan program anjuran Persatuan Penduduk Taman Dataran Abadi (Fasa 2) Sepang melalui Malaysian Incentive Community Empowerment (Geran MyICE), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Melalui pengisian program yang dicadangkan, segenap lapisan masyarakat tidak kira sebagai ahli Persatuan, jiran tetangga serta masyarakat di sekeliling akan mendapat manfaat, kesedaran serta pentingnya:

 

a.            Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti Taman Dataran Abadi (Fasa 2) Sepang sebagai sebuah kawasan kejiranan yang bersih, indah, selamat dan ceria serta menjadi contoh tauladan kepada kawasan-kawasan kejiranan yang lain;

 

b.            Meningkatkan rasa kekitaan, jati diri, rasa prihatin, kerjasama yang padu dan penyayang sesama ahli Persatuan, jiran tetangga serta masyarakat di sekeliling selain memupuk nilai-nilai murni yang tinggi;

 

c.            Meningkatkan keprihatinan dan komitmen ahli Persatuan, jiran tetangga serta masyarakat terhadap aspek penjagaan kebersihan, keindahan dan keceriaan serta dalam masa yang sama menghargai kemudahan awam yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan; dan

 

d.            Menggembleng tenaga untuk menangani gejala-gejala sosial dalam masyarakat seperti vandalisme, kecurian dan sebagainya melalui penglibatan ahli Persatuan, jiran tetangga serta masyarakat di sekeliling.

 

-----