AKTIVITI | SOSIAL
Gotong Royong Perdana Siri KE-2


Kehadiran : 30 residen

Bantuan : Lori SWM dan Lori MBS

Kawasan berjaya dibersihkan :

1) Sepanjang lereng bukit di depan pagar Taman yang bersemak

2) Tapak Permainan Awam Lorong D26

3) Kawasan semak belakang rumah 860-864

4) Kawasan dalam sepanjang padar Lorong D21


Aktiviti kali ini penuh cabaran terutama kerja mengemaskan ranting-ranting pokok di lereng bukit (bawah ialah longkang besar) yang telah dipotong oleh kontraktor. Kerja menarik dahan-dahan pokok yang masih berlumuran dengan kerengga ke tepi tebing jalan sangat mencabar memandangkan residen yang datang menyertai program hari ini agak kurang berbanding dengan Gotong Royong Siri Pertama. Namun dengan kerjasama dan semangat perpaduan yang ada, semua kerja selesai pada pukul 10.35am.

Kesimpulan, program ini perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun kerana ia bukan sahaja dapat membersihkan dan menceriakan lagi persekitaran taman, malahan ia dapat mengeratkan hubungan antara penduduk / Komuniti.

Catatan : Program ini diberikan sijil penyertaan kepada murid-murid sekolah untuk menggalakkan penglibatan anak-anak kecil agar nilai murni dan amalan hidup berkomuniti dipupuk dari kecil. Sijil tersebut dipercayai memberi markah bonus kepada penilaian PAJSK di peringkat sekolah.