AKTIVITI |
BENGKEL PEMASANGAN PERKAKASAN DAN PERISIAN KOMPUTER


Kursus ini dijalankan di Segamat untuk pelajar sekolah Menengah,Rendah dan Masyarakat.

Kursus ini memberi penumpuan mengenai Pemasangan Komputer dan Perisian pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan.


Program ini diwujudkan untuk memperkenalkan masyarakat kepada teori dan amali mengenai konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer.

Para pelajar juga akan mempelajari mengenai pengetahuan kemahiran di dalam Perkakasan

Komputer, Organisasi Komputer, Asas Rangkaian, Perkhidmatan Internet, Switching dan Routing, Reka Bentuk Rangkaian, Pengurusan Pelayan dan Keselamatan Rangkaian.Nota diserahkan kepada setiap peserta.


Pertubuhan Pendidikan Arakalvi Negeri Johor dengan kerjasama Kolej Komuniti akan 

mengadakan program kesedaran Pemasangan Komputer dan perisian dengan menggalakkan penglibatan orang awam dalam bersama-sama menjayakan program ini dengan mewujudkan kesedaran tentang pentingnya pengetahuan ICT dalam kehidupan seharian. 


Peserta juga diberi makanan dan siji penyertaan.