AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM HARI TERBUKA PSIKOLOGI (SANTAI MINDA) BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI POS HENDROP LOJING GUA MUSANG
  • KELAB REKREASI AKRAB JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI KELANTAN (AKRAB)
  • Penganjur : Kelab Kebajikan dan Rekreasi Akrab Kelantan, Persatuan Pegawai-Pegawai Psikologi Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan.
  • Lokasi : Pos Hendrop Gua Musang Kelantan
  • Tel : 01131581516
  • Tarikh : 22/07/2022 - 23/07/2022
  • Masa : 8:00AM - 6:00PM
  • 110


Ringkasan Program Hari Terbuka Psikologi (Santai Minda) bersama Orang Asal yang dijalankan pada 22-23 Julai 2022 bertempat di Pos Hendrop Gua Musang Kelantan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Akrab Kelantan dan Persatuan Pegawai-Pegawai Psikologi Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan.


Program yang melibatkan seramai 470 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam agensi-agensi tersebut dan orang asli Pos Hendrop, Gua Musang ini diadakan bertujuan untuk memberi sokongan emosi dan pendidikan kesihatan mental dan fizikal kepada komuniti orang asli. Di samping itu, program ini sekaligus dapat mendedahkan peserta khususnya penjawat awam tentang kemahiran ilmu psikologi yang perlu dalam mendepani fasa endemik Covid19.