AKTIVITI | KEBAJIKAN
Program PerSoNa Prihatin
  • PERSATUAN SOLIDARITI NASIONAL (PERSONA)
  • Penganjur : Persatuan Solidariti Nasional - PerSoNa
  • Lokasi : Baling dan beberapa kawasan di dalam Negeri Kedah
  • Tel : 01110558072
  • Tarikh : 20/11/2022 - 20/11/2022
  • Masa : 10:00AM - 5:30PM
  • 96


Sebagai badan NGO berkebajikan, Persatuan Solidariti Nasional - PerSoNa cuba untuk membantu dan mendekatkan diri dengan masyarakat. PerSoNa juga sering membuat kerja-kerja amal dan sentiasa prihatin akan permasaalahan rakyat yang memerlukan. PerSoNa sering turun padang membantu kepada golongan daif dan golongan yang memerlukan perhatian terutamanya golongan asnaf, fakir dan yang ditimpa musibah di seluruh negara.

Kali ini PerSoNa menyampaikan beberapa bantuan di Negeri Kedah, terutamanya di kawasan baling dan beberapa kawasan yang sering dilanda banjir. Bantuan tersebut berupa sebuah katil juga sebuah kerusi roda bagi membantu mereka yang kekurangan dan daif. Bantuan juga di beri dengan barangan kering dan barangan basah juga sumbangan ikhlas sekadar termampu kepada mangsa yang ditimpa musibah.

Program ini akan diteruskan di seluruh negara mengikut kemampuan PerSoNa di setiap negeri supaya objektif PerSoNa tercapai dengan jayanya.


"Objektif PerSoNa"

Berkhidmat untuk rakyat yang berada di dalam kesusahan serta kesulitan tanpa mengira bangsa, agama, masa dan tenaga serta tidak mengira ideologi Politik.