AKTIVITI | SOSIAL
Program 'Terima Kasih Ibu'


Program 'Terima Kasih Ibu' telah diadakan pada 3 Julai 2022, Ahad, dari pukul 12.30 tengah hari sehingga 3.30 petang. Seramai 50 orang ibu dijemput untuk menghadiri program ini tetapi 45 orang ibu yang telah hadir. 5 orang ibu tidak dapat hadir disebabkan masalah peribadi yang tidak dapat dielak.


Tujuan program ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu-ibu yang tidak pernah menerima penghargaan di atas pengorbanan mereka serta memberi pendedahan cara-cara mengatasi stres dalam kehidupan seharian. Pencermah, Cik Anne Poh, Ketua Unit Fisioterapi, Hospital Lam Wah Yee, Pulau Pinang telah dijemput untuk memberi dorongan dan pendedahan kepada para ibu melalui aktiviti-aktiviti yang dapat mengurangkan ketegangan otot, kaki, pinggang dan lain-lain bahagian badan melalui terapi yang bersesuaian. Sesi perbincangan juga diadakan untuk membantu ibu-ibu yang bermasaalah kesihatan. Selain itu, beberapa kanak-kanak memberi persembahan melalui nyanyian untuk mengucapkan terima kasih kepada para ibu. Bakul bungkusan makanan harian (Hamper-Hamper) beserta bungkusan makanan dan minuman diberikan kepada ibu-ibu. Bakul bungkusan makanan harian (Hamper-hamper) untuk ibu-ibu yang tidak dapat hadir dihantar ke rumah masing-masing setelah program ini.


Para ibu berasa sungguh gembira menghadiri program ini. Mereka berharap program ini dapat diteruskan setiap tahun kerana mereka memperolehi pengetahuan cara-cara menjaga kesihatan mereka.