Bengkel 'Fun With English'





Bengkel Bahasa Inggeris 'Fun With English' telah diadakan pada 24 September 2022, Sabtu, dari pukul 8.30 pagi hingga 2 petang. Seramai 52 orang yang terdiri daripada Guru Besar, 3 Penolong Kanan dan Guru-guru di SJKC Permatang Tinggi hadir untuk bengkel ini. Bengkel ini diadakan untuk tujuan menyemarakkan semangat para pendidik berfokuskan sumber alam sekitar dan pergerakan pancaindera dalam pembelajaran murid-murid di sekolah berasaskan Bahasa Inggeris. Bengkel ini juga berlandaskan HIP Bahasa Inggeris yang diperkenalkan oleh Kementerian melalui bantuan agensi-agensi luar.
Bengkel ini diketuai oleh Puan Tan Ah Lay, bekas Penolong Kanan SK St Mark dan di bantu oleh 7 fasilitator-fasilitator. Terdapat dua cara aktiviti-aktiviti ini dijalankan iaitu aktiviti berpasangan dan kumpulan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah kemahiran menggunakan pancaindera seperti mendengar, visual dan pertuturan dalam permainan seperti 'The Blind Find The Treasure', 'Fun with Tenses', 'Tongue Twisters', 'Mime' dan lagu 'We Walk the Land We Love and Care'. Guru-guru juga diberi hadiah-hadiah dalam permainan berkumpulan. Persatuan Komuniti De Ark Pulau Pinang juga menghadiahkan 60 buah buku untuk kegunaan murid-murid yang lemah Bahasa Inggeris yang dihasilkan oleh penceramah kepada pihak pentadbir. Guru-guru juga menikmati sarapan pagi dan tengah hari dalam bengkel ini.
Para guru berasa seronok menimba ilmu dan pengalaman baharu yang dipelajari melalui bengkel ini. Di samping itu, mereka juga mempelajari cara-cara mengaplikasi aktiviti-aktiviti semasa pembelajaran murid dengan lebih berkesan serta berkeyakinan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Warga SJKC Permatang Tinggi juga merakamkan terima kasih kepada Jabatan Pendaftar Persatuan Pulau Pinang atas sumbangan dana yang membolehkan Persatuan Komuniti De Ark menganjurkan program ilmiah ini.