GOTONG ROYONG KOMUNITI MASJID AL-JAMHURIAH KUALA BESUT

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

Gotong Royong Komuniti Masjid Al-Jamhuriah Kuala Besut
Merupakan Program Yang Dianjurkan Bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Dan Persatuan Kebajikan Komuniti Kuala Besut Terengganu. Kita Sedia Maklum Masjid Adalah Tempat Ibadah Bagi Umat Islam. Masjid Bukan Sahaja Digunakan Oleh Masyarakat Atau Kariah Setempat Malah Ianya Turut Dikunjungi Oleh Masyarakat Luar. Masjid Al-Jamhuriah Kuala Besut Adalah Masjid Tertua Di Kuala Besut. Tempatnya Yang Strategik Menjadikan Masjid Tersebut Menjadi Tumpuan Pelancong Yang Ingin Ke Pulau Perhentian. Oleh Itu Keadaan Persekitaran Masjid Itu Mencerminkan Keadaan Masyarakat Setempat. Melalui Program Ini Dapat Mengindahkan Persekitaran Masjid, Mengeratkan Hubungan Dalam Komuniti Setempat, Membersihkan Kawasan Masjid Utama Kuala Besut, Mengindahkan Masjid, Mengeratkan Silaturrahim Antara Penduduk, Menjaga Kesucian Masjid Dan Menjadikan Masjid Lebih Selesa Untuk Beribadah. Adalah Dengan Adanya Program Tersebut, Diharapkan Hubungan Diantara Para Penduduk Menjadi Lebih Erat.