i. PROGRAM GOTONG ROYONG DAN MAJLIS SILATURAHIM 2022





Program gotong royong dan majlis silaturahim adalah satu aktiviti yang berperanan penting
bagi setiap komuniti masyarakat kerana ianya adalah aktiviti utama dalam melibatkan semua
penduduk tidak mengira bangsa dan latar belakang keluarga. Dengan era Pandemik dan
Endamik Covid19, ramai keluarga terkesan dengan masalah masalah ekonomi dan tekanan
hidup yang tinggi dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, satu pelan untuk
mengurangkan tekanan yang komprehensif dan lengkap adalah diperlukan bagi memberikan
sedikit keceriaan dalam kehidupan yang penuh dengan masalah seharian di musim perayaan
PPTDP3 akan mengadakan Program Gotong Royong Dan Majlis Silaturahim dengan
menggalakkan penglibatan semua penduduk di sekitar Taman Desa Permai 3 dalam
bersama-sama menjayakan program ini dengan mewujudkan kesedaran tentang pentingnya
pergaulan dalam masyarakat dalam kehidupan seharian untuk mengurangkan tekanan dan
menimbulkan keharmonian. Pihak persatuan mengalu-alukan pihak JPPM bagi memantau
perjalanan program ini.
Objektif:
i. Untuk menanam sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam menjaga persekitaran
komuniti demi keharmonian kehidupan berjiran.
ii. Untuk menggalakkan penyertaan penduduk dalam pelaksanaan program program bersifat
gotong royang yang memerlukan penglibatan ramai demi menjayakan program.
iii. Untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran setelah lama tidak berjumpa