PROGRAM GOTONG ROYONG BULAN KEMERDEKAAN





Program gotong royong adalah satu aktiviti yang berperanan penting bagi setiap komuniti
masyarakat kerana ianya adalah aktiviti utama dalam melibatkan semua penduduk tidak
mengira bangsa dan latar belakang keluarga. Dengan era Pandemik dan Endamik Covid19,
ramai keluarga terkesan dengan masalah masalah ekonomi dan tekanan hidup yang tinggi
dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, satu pelan untuk mengurangkan tekanan
yang komprehensif dan lengkap adalah diperlukan bagi memberikan sedikit keceriaan dalam
kehidupan yang penuh dengan masalah seharian di bulan kemerdekaan Malaysia. PPTDP3
akan mengadakan Program Gotong Royong Bulan Kemerdekaan dengan menggalakkan
penglibatan semua penduduk di sekitar Taman Desa Permai 3 dalam bersama-sama
menjayakan program ini dengan mewujudkan kesedaran tentang pentingnya pergaulan
dalam masyarakat dalam kehidupan seharian untuk mengurangkan tekanan dan
menimbulkan keharmonian.
Objektif:
i. Untuk menanam sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam menjaga persekitaran
komuniti demi keharmonian kehidupan berjiran di bulan kemerdekaan
ii. Untuk menggalakkan penyertaan penduduk dalam pelaksanaan program program bersifat gotong
royang yang memerlukan penglibatan ramai demi menjayakan program.
iii. Untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran setelah lama tidak berjumpa akibat
kawalan pergerakan semasa Covid19 melanda.