AKTIVITI |
Program Kaseh OKB YKKK Kembali Ke Sekolah 2022/2023


Tujuan Program Kaseh OKB YKKK Kembali Ke Sekolah 2022/2023 ini diadakan adalah untuk memberi keringanan beban hidup serta keceriaan buat anak-anak yang kurang bernasib baik untuk membuat persediaan persekolahan awal tahun hadapan. Selain itu, memobilisasikan para sukarelawan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) yang terdiri dari pelbagai lapisan umur untuk bersama prihatin terhadap kesusahan golongan miskin serta asnaf terutamanya di lokasi terdekat dengan mereka.


Jumlah penerima sumbangan bagi Program Kaseh OKB YKKK Kembali Ke Sekolah 2022/2023 adalah seramai 100 orang kanak-kanak yang berusia dari 6 – 12 tahun dan dari golongan keluarga asnaf atau anak-anak Yatim. Setiap penerima sumbangan akan mendapat barangan keperluan seperti 1 set pakaian sekolah, beg sekolah dan alat-alat tulis.


Perbelanjaan program ini adalah sebanyak RM10,245.80 dimana RM10,000.00 adalah sumbangan dari pihak e-ROSES dan RM245.80 adalah dari Persatuan Orang Kota Bharu, Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Selangor.