AKTIVITI | KEBAJIKAN
Program Meningkatkan Taraf Hidup Komuniti Rumah Kebajikan Kanak-Kanak melalui Penanaman Tanaman Herba Organik dan Komersial.


Dengan geran MyICE, Pertubuhan Bantuan Makanan Untuk Kelaparan Antarabangsa, Sabah, Malaysia (Food For The Hungry International, Sabah, Malaysia) berjaya menganjurkan Program Meningkatkan Taraf Hidup Komuniti Rumah Kebajikan Kanak-Kanak melalui Penanaman Tanaman Herba Organik dan Komersial di Rumah Kanak-Kanak Caring For the Future Malaysia (CFFM).


Program dilancarkan pada 11 September 2022 dengan ceramah tentang pengenalan jenis-jenis herba yang akan ditanam dan khasiatnya serta jenis-jenis produk kesihatan yang dapat dihasilkan. Kaedah pertanian lestari dalam penyediaan tanah tentang bagaimana kawasan paya boleh diolah menjadi kawasan yang subur melalui pemparitan dan batas/busut serta penggunaan tikar penutup bumi weedmat juga diperkenalkan melalui ceramah tersebut kepada penghuni-penghuni Rumah Kanak-Kanak Caring For the Future Malaysia (CFFM).


Selepas aktiviti pelancaran, ia disusuli dengan kerja pengolahan tanah oleh jengkaut Hitachi selama sebulan.


Program kesedaran dan aktiviti sukarela pula diadakan pada 11 Oktober 2022 mengenai kepentingan dan kesedaran rumah kanak-kanak, pertanian lestari, tanaman dan produk herba kepada kesejahteraan masyarakat diikuti penanaman pemasangan weedmat oleh para peserta. Dengan penutup bumi, sistem rang tanah diguna sementara waktu untuk menambah kesuburan tanah sambil menunggu bibit yang sedang dipersiapkan lengkap dan cukup sihat untuk ditanam.