AKTIVITI |
Kursus Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas


Kursus Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dianjurkan pada 12 Disember 2022 secara bersemuka di Lintas Platinum Hotel, Kota Kinabalu. Penceramah kursus ialah Encik Muhammad Asfan, Encik Muhammad Qayum, Cik Aisyah dan Cik Loo Ying Shan. Seramai 105 peserta menghadiri kursus ini yang terdiri daripada guru besar dan guru-guru Tadika swasta. Kursus ini mendapat sambutan yang baik kerana para guru ada keinginan untuk meningkatkan kemahiran pengajaran di kalangan kanak-kanak yang berkeperluan khas di kelas mereka. Antara topik yang dibincangkan pada sesi pagi adalah tips, strategi dan teknik pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas. Manakala, pada sesi petang, sesi dialog diadakan antara empat penceramah dan para peserta. Semua guru telah dimanfaatkan dan mendapat pencerahan bagaimana membantu kanak-kanak berkeperluan khas di kelas mereka. Pada akhir kursus ini, semua peserta diberi sijil penyertaan.