Program Memasak Bubur Lambuk Sempena Ramadhan & Pemberian Kit Hari Raya





Program Memasak Bubur Lambuk Sempena Ramadhan 2022 dan Pengagihan Kit Hari Raya merupakan salah satu program tahunan bagi Persatuan Penduduk Kampung Solok Biak.
Melalui sumber kewangan dari Geran MyICE yang telah diluluskan sebanyak RM 10,000.00 pada tahun 2022, program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.
Seperti sedia maklum, bubur lambuk adalah menu tempatan yang amat sinonim dengan bulan Ramadan bagi umat Islam di seluruh Malaysia. Tidak lengkap rasanya kedatangan bulan Ramadan sekiranya Program Memasak Bubur Lambuk ini tidak dijalankan. Sehubungan dengan itu, Persatuan Penduduk Kampung Solok Biak telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk sempena kedatangan bulan Ramadhan dan pemberian kit hari raya bagi menyambut kedatangan Syawal kepada setiap ahli persatuan bagi meringankan beban penduduk yang terkesan akibat pendemik Covid-19.
Kesimpulannya, program yang dijalankan ini dapat meningkatkan lagi ikatan silaturrahim di kalangan penduduk dalam menghayati manfaat bulan Ramadhan di samping dapat berkongsi rezeki di kala dunia dilanda musibah wabak penyakit Covid-19 yang mengakibatkan kehidupan masyarakat terjejas. Dengan adanya program seperti ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk dengan pemberian kit Hari Raya bagi menyambut kedatangan bulan Syawal.