AKTIVITI |
Kelas Perniagaan Pemasaran Digital


Tajuk

Kelas Perniagaan Pemasaran Digital (Geran MYICE)


Pengenalan

Program ini dilaksanakan atas dasar untuk membantu mereka-mereka yang kehilangan pekerjaan atau masih lagi menganggur. Memberi latihan kemahiran dan pengajaran kemahiran baru kepada mereka mengikut kerelevanan industri masa kini menjadikan mereka berdaya saing dan pada masa sama melengkapkan diri dengan kemahiran yang berkaitan dengan industri yang diceburi.


Objektif Program

a. Melengkapkan diri peserta dengan pelbagai kemahiran dan elemen pemasaran digital yang berbeza bagi mencipta kandungan pemasaran digital yang berkualiti

b. Melahirkan usahawan yang pakar dalam bidang pemasaran digital dan menjadikan bidang ini sebagai suatu kerjaya dengan menawarkan perkhidmatan kepada perniagaan lain

c. Mulakan kerjaya serta merta tanpa perlu menunggu panggilan pekerjaan

d. Menjadikan pemasaran digital sebagai kerjaya yang menawarkan pendapatan lumayan


Sasaran

Para belia yang kehilangan pekerjaan & menganggur serta mereka yang bekerja sendiri (freelance). Juga terbuka kepada mereka yang terlibat dalam bidang pemasaran digital yang berhasrat untuk menambah ilmu. Namun, keutamaan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.