AKTIVITI | REKREASI
HARI SUKANEKA BLOK DAHLIA & CEMPAKA


-Pihak persatuan penduduk Pengurusan Bangunan telah mengadakan aktiviti hari sukaneka pada 8/1/2023. Setelah hampir 4 bln aktiviti yang dirancang tertangguh disebabkan faktor cuaca serta faktor lain yang tidak di elak akhirnya program berjaya dilakukan. Penyertaan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat. Seawal 7 pagi untuk pendaftaran diikuti dengan senamrobik untuk pemanas badan.

Kehadiran YB Chua Wei KIat ADUN Rawang serta Tuan Sulaiman ahli majlis MPS untuk upacara perasmian amatlah dihargai.


-Sebanyak 15 acara dipertandingkan samada secara individu dan berkumpulan. Secara tidak langsung program ini dapat memupuk semangat kesukanan , perpaduan dan kerjasama antara perserta yang hadir .Kemeriahan program ini berterusan sehingga acara yang terakhir dipertandingkan iaitu tarik tali antara peserta dari Blok Dahlia dan Blok Cempaka .Penganjur menyediakan deretan hadiah hadiah yang menarik untuk pemenang setiap acara.


-Program yang menyihatkan serta memberi kegembiraan untuk semua penduduk yang terlibat.