AKTIVITI | SOSIAL
Projek Keceriaan Pusat Sumber, Sekolah Kebangsaan Jijan, Nilai, Negeri Sembilan


Program Keceriaan Pusat Sumber, Sekolah Kebangsaan Jijan, Nilai, Negeri Sembilan ini merupakan program yang dianjurkan dengan kerjasama kakitangan, guru, pentadbir serta PIBG Sekolah Kebangsaan Jijan dan PERMATA UPM. Melalui program ini Pensyarah dan staf Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM dapat membantu dalam menzahirkan idea berkaitan hiasan dalaman. Ianya juga dapat mewujudkan jaringan antara PERMATA UPM dengan Sekolah Kebangsaan Jijan. Selain itu, program ini juga dapat dimandafatkan oleh 389 orang murid aliran Perdana, 25 orang murid Prasekolah dan 35 orang guru termasuk pentadbir Sekolah Kebangsaan Jijan. Secara sekeluruhan, 74.07% guru dan Pihak PIBG merasakan aktiviti ini memenuhi eksperasi projek dan inginkan aktiviti seperti ini diteruskan. Program ini telah mewujudkan persekitaran Pusat Sumber yang lebih kondusif dan menarik untuk kegunaan para guru dan murid dalam menjalankan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran serta projek kurikulum pengurusan Pusat Sumber sekolah.