BERITA | SOSIAL
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pertama PERMIM bagi sesi 2021-2023

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pertama PERMIM bagi sesi 2021-2023 telah diadakan pada 24 November 2021 di platform ZOOM bermula jam 8 malam.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh saudara Shaik Faridhudheen Anverdeen (SFA), Presiden dan dihadiri oleh semua ahli Jawatankuasa Eksekutif.

Mesyuarat telah meluluskan pelantikan 5 orang Exco yang baharu.

Nama-nama Exco baharu adalah seperti berikut:

1.En. Syed Mohamad Bin Mohideen Thaha

2.En. Thaufek Razali Bin Kamal Batcha

3.En. Jamil Bin Kader Gani

4.Puan Fawziyah bt Abdul Razak

5.Puan Nurizzah Hanim Binti Mohmmed Ismail


Presiden juga telah menjelaskan amanah, harapan dan tanggungjawab kepada semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif PERMIM.

Selain tu, perbincangan projek -projek akan datang untuk kebaikan masyarakat turut dibentangkan.

Mesyuarat juga telah meluluskan lima (5) permohonan keahlian sebagai persatuan gabungan.

Persatuan-persatuan tersebut adalah seperti berikut:

1.Persatuan Muslim Malaysia Perenggulum

2.Persatuan Keturunan Muslim Regunathapuram Malaysia

3.Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil

4.Pertubuhan Pembangunan India Muslim Sabah 

5.Persatuan Hidyathul Islam (PHI)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10 malam.