BERITA | SOSIAL
Ceramah Denggi dan Chikungunya - Persatuan Penduduk Garden City Homes

NAMA PERTUBUHAN Persatuan Penduduk Garden City Homes 0518-11-NSE 

 

TAHUN 2022


NAMA PROGRAM 

Ceramah Denggi dan Chikungunya

 

TEMPAT DAN TARIKH PROGRAM 

14 Mei 2022 (Sabtu): Padang Permainan Sebelah Surau, Garden City Homes, Seremban 2, Seremban Negeri Sembilan

 

BILANGAN PESERTA/ KUMPULAN SASAR

Jumlah peserta bagi ceramah ini adalah seramai 104 orang yang melibatkan penyertaan daripada ahli Persatuan Penduduk Garden City Homes, ahli keluarga mereka dan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.

 

 JUMLAH PERUNTUKAN 

Jumlah peruntukan sebenar yang diterima adalah berjumlah RM10,000.

 

PERBELANJAAN SEBENAR BAGI SETIAP PROGRAM 

Ceramah Denggi dan Chikungunya - RM 2,600

          

PROGRAM/ AKTIVITI 

Ceramah Denggi dan Chikungunya anjuran Persatuan Penduduk Garden City Homes Bersama Pejabat Kesihatan Daerah Seremban. Program ini diadakan sebagai langkah bagi pencegahan pembiakan nyamuk aedes dan chikungunya di kawasan perumahan terutamanya yang mempunyai sistem perparitan yang tertutup.

 

Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Muhd Hazizi bin Muhd Hasani. Beliau merupakan anak kelahiran Selangor berasal dari Klang, mempunyai pengalaman kerja selama 14 tahun dan kini menjawat jawatan Pakar Perubatan Kesihatan Awam di PKD Seremban.

 

Ceramah ini bertujuan memberi kesedaran sepenuhnya kepada masyarakat terhadap bahaya nyamuk aedes yang menyebarkan virus denggi dan virus chikungunya. Penduduk taman disarankan untuk mencegah pembiakan nyamuk dengan menjalankan Program 10 minit bersama ahli keluarga setiap minggu. Ini dapat sekaligus memastikan kawasan taman selamat dan bebas nyamuk.

 

Angka kematian di Seremban disebabkan oleh nyamuk Aedes adalah dua orang setakat 14 Mei 2022. Pejabat Kesihatan memandang serius akan perkara ini dan memohon semua penduduk mengambil langkah yang proaktif bagi mencegahnya. Penduduk telah diterangkan tentang bahaya denggi dan chikungunya. Namun untuk makluman, virus chikungunya tidak akan menyebabkan kematian. 

 

Penduduk telah bertanyakan informasi tentang ubat ubatan yang boleh digunakan untuk membunuh nyamuk ini. Dr. Hazizi telah menerangkan cara-cara penggunaan spray aerosol nyamuk dan berapa lama perlu disembur. Abeit juga perlu digunakan di sekitar kawasan rumah yang ada kemungkinan takungan air.

 

Secara kesimpulannya program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama serta sambutan hebat daripada semua pihak. Setelah selesai program semua hadirin telah dijamu dengan majlis makan.