BERITA | KEBAJIKAN
SEMINAR KESEDARAN DAN PEMAHAMAN TERHADAP DASAR,PROGRAM DAN INISIATIF KERAJAAN

Pertubuhan Kebajikan Kristian Malaysia (PKKM) dengan jayanya telah menganjurkan Seminar Kesedaran dan Pemahaman terhadap Dasar, Program dan Inisiatif Kerajaan di 3 tempat yang dipilih oleh Pihak Pertubuhan. Ianya merupakan sebuah Program bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman ahli pertubuhan terhadap dasar, program dan inisiatif kerajaan. Seramai 30 peserta telah menyertai setiap program dan menjayakannya. Selepas selesai setiap program, semua peserta diberikan Sijil Pengharagaan dan segala persoalan mereka tentang dasar, program dan inisiatif kerajaan telah dijawab dengan teliti.PKKM berharap program kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan serta mendapat lebih banyak penyertaan pada masa akan datang.Pihak PKKM sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah memberikan kerjasama seperti Jabatan Pertubuhan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF), Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO), Kerajaan Negeri Selangor dan lain-lain Agensi Kerajaan yang terlibat dan memberikan sokongan serta dorongan secara langsung atau tidak langsung.