BERITA | KEBAJIKAN
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL QURAN SWASTA NEGERI PERAK 2022

Kursus ini disasarkan kepada pengetua dan penolong kanan Maahad Tahfiz Al Quran Swasta di negeri Perak. Kursus ini akan mendedahkan kepada para peserta tentang teknik dan taktik pemantauan pencapaian murid yang berkesan dan pengurusan kokurikulum murid yang sesuai di maahad tahfiz.


Kursus ini bakal dirasmikan oleh YBhg, Dato' Pengarah Jabatan Agama Islam Perak insya Allah. Semoga kursus ini memberi manfaat kepada para peserta.