BERITA | KEBAJIKAN
KELAS PENGENDALI MAKANAN SIRI 2

25 JUN 2022 I SABTU I 2.00 PETANG - 5.00 PETANG I Sesi 2


Kelas Pengendali Makanan diteruskan lagi pada sesi petang. Alhamdulillah Kelas Pengendali Makanan siri 2 (sesi petang) yang diadakan di Balai Raya Pekan Asahan telah berlangsung dengan jayanya dengan jumlah kehadiran seramai 20 orang peserta. Kursus ini disertai oleh para peniaga dan bakal peniaga yang mengendalikan makanan. Tenaga pengajar bagi Kelas Pengendali Makanan ialah Puan Nurul Farihah dari Farosa Training And Consultancy. Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar bagi atas ilmu yang diberikan kepada semua peserta. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua peserta untuk dipraktikkan semasa mengendali makanan.


Untuk makluman, kursus yang dijalankan ini adalah secara fizikal dan kursus ini memberi khidmat nasihat serta latihan kepada usahawan & industri makanan yang bertujuan untuk memastikan kualiti makanan di Malaysia dalam keadaan terbaik, selamat dan bersih serta menepati piawaian yang ditetapkan di negara ini.