BERITA | KEBAJIKAN
PROGRAM PENGAGIHAN PEK KESIHATAN KENDIRI KEPADA PELAJAR MADRASAH NUR AL-AMIN

Program Pengagihan Pek Kesihatan Kendiri Kepada Pelajar Madrasah Nur Al-Amin adalah merupakan program kerjasama bersama Perpustakaan Desa Asahan. Program ini dijalankan di Madrasah A-Amin Kampung Meriang dengan jumlah peserta seramai 35 orang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Program Jom Membaca 10 minit dan penyerahan pek kesihatan kendiri kepada pelajar Madrasah.


Usaha ini antara lain bertujuan untuk meringankan beban pelajar madrasah dan melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19. Pek kesihatan kendiri mengandungi :

                                     i.       Pek pelitup muka guna semula (1 kotak)

                                    ii.       Kit ujian kendiri COVID19 (10 kit)

                                   iii.       Hand Sanitize (1 botol)