BERITA | SOSIAL
Program Marhaban Perdana dan Sambutan Hariraya Aidilfitri 2022

Program Marhaban Perdana dan Sambutan Hariraya Aidilfitri 2022 telah diadakan pada 4 Jun 2022 bersamaan hari Sabtu dari 7.00 malam hingga 11.00 malam. Program ini telah diadakan di Surau dan Dataran Surau Al-Azraa. Program ini mensasarkan kehadiran kepada semua ahli persatuan dan masyarakat sekitarnya. Kehadiran ke program ini amat mengggalakkan iaitu melebihi 100 orang. Program telah dimulakan pada awal pagi lagi dengan aktiviti gotong royong ahli-ahli persatuan memasak lemang dan membuat persiapan tempat. Selepas solat Mahgrib telah diadakan Tazkirah Syawal yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Nizamudin dan bacaan Solawat Nabi SAW secara beramai-ramai. Majlis rasmi bermula selepas solat Isyak dengan ucapan alu-aluan Tuan Pengerusi Persatuan Penduduk Islam Taman Rim Mutiara Tuan Haji Ishak bin Kasim dan diikuti ucapan perasmian oleh wakil Adun RIM Tuan Haji Sabarudin bin Said , Setiausaha Japerun Rim. Setelah majlis perasmian dijalankan, penyampaian sumbangan zakat telah diberikan kepada asnaf 7 orang pelajar. Penyampaian sumbangan duit raya juga telah diberikan kepada anak-anak ahli persatuan. Majlis di akhiri dengan Jamuan Sambutan Hariraya. Keseluruhannya program ini berjaya mencapai sasaran persatuan.