BERITA | KEBAJIKAN
Gotong Royong Komuniti adalah Tanggungjawab bersama

2.10.2022 Persatuan Masyarakat Tabuan Heights Kuching dengan kelulusan permohonan Geran MyIce daripada JPPM (ROS) dan juga kerjasama MBKS dengan berjayanya mengadakan Kempen Gotong- Royong Komuniti pada pagi ini. Program tersebut diadakan merupakan tanggungjawab kita bersama.


 Lebih daripada 100 peserta datang untuk menyertai program tersebut. Program dimulakan dengan pendaftaran dan pengagihan sarapan pagi kepada peserta pada pukul 7:30pagi sementara menunggu ketibaan Tetamu Khas MBKS Datuk Bandar Wee Hong Seng, Kaunselor Mok Chuan Ping, Kaunselor Dzamalludin bin Zainaluddin yang mewakili Kaunselor Wilfred Mujah anak Aton dan Kaunselor Kho Teck Wan pada pukul 8. 00pagi. Dengan ketibaan Tetamu Khas, foto beramai-ramai diambil belakang dengan banner program kempen pagi ini untuk akhbar/suratkhabar dan laporan.

 Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku dimainkan.

 Upacara diikuti dengan ucapan daripada Kapitan Chai Ming Chin selaku Pengerusi Persatuan Masyarakat Tabuan Heights . Beliau memberi ucapan mengalu-alukan ketibaan kepada tetamu khas Datuk Bandar Wee Hong Seng, kaunselor - kaunselor dan juga para peserta. Ucapan seterusnya adalah daripada Kaunselor Mok Chuan Ping dan akhir sekali daripada Datuk Bandar Datuk Wee Hong Seng. Beliau berbangga dengan program yang dijalankan di persekitaran kawasan Taman Sahabat Tabuan Heights mengenai kepentingan Gotong - royong Kommuniti pada pagi ini.

 Majlis Bandaraya Kuching Selatan juga menghulurkan kuanter belibayar dan juga lori ke rumah-rumah yang telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Persatuan Masyarakat Tabuan Heights ke rumah mereka untuk mengangkat barangan yang besar dan berat yang perlu dibuang secara percuma.

 Cenderahati diberikan kepada ketiga-tiga tetamu khas.

 Program diikuti dengan penyerahan alat-alat / bahan-bahan membersihkan persekitaran kawasan Tabuan Heights oleh Datuk Bandar seperti Penyapu, tong sampah, penyepit sampah, sarung tangan dan lain-lain kepada 5 ketua kumpulan yang dianggotai daripada Anggota Persatuan Masyarakat Tabuan Heights. Setiap kumpulan disertai dengan 20 peserta. Mereka bermula aktiviti-aktiviti dengan menyapu dan kutipan sampah. Bahan-bahan buangan telah di masukkan  ke dalam tong rorobin yang disediakan secara percuma daripada MBKS juga. Program berakhir pada pukul 10. 00pagi dengan pengagihan makanan tengahari dan juga ucapan terima kasih daripada Kapitan Chai Ming Chin.

 Sekian, terima kasih.

 Laporan daripada Setiausaha Persatuan Masyarakat Tabuan Heights.