BERITA | KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
Pertandingan Masakan Istimewa Orang Asli

Persatuan Sinaran Kasih Melaka telah berjaya memperolehi geran Malaysia Incentive Community Empowerment (MyICE) tahun 2022. Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan program Pertandingan Masakan Istimewa Orang Asli. Program ini telah diadakan pada 11/9/2022 yang melibatkan 14 peserta, 300 penduduk bertempat di balai raya Tebong Stesen. Antara objektif utama penganjuran program ini adalah menyedari orang awam tentang kepentingan makanan tradisi , melahirkan modal insan berjati diri kebangsaan dan patrioktik di samping meneruskan adat serta warisan budaya yang diwarisi secara turun-temurun oleh nenek moyang masyarakat majmuk di Malaysia. Selain itu, dapat menyumbang ke arah perpaduan kaum yang melambangkan identiti dan keunikan sesuatu budaya dan bangsa. Dalam pada itu, dapat memajukan industri pelancongan di dalam negara dan secara langsung dapat menaiktarafkan kehidupan masyarakat khususnya penduduk di Kawasan Tebong.