BERITA | SOSIAL
PROGRAM TST SIHAT MERDEKA TAMAN SAUJANA TEHEL

Persatuan Penduduk Taman Saujana Tehel telah berjaya memperolehi geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) tahun 2022. Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan program TST Sihat Merdeka. Program ini telah diadakan pada 31/8/2022 yang melibatkan 200 orang penduduk bertempat di Padang Utama Taman Saujana Tehel. Antara objektif utama penganjuran program ini adalah mewujudkan suasana kejiranan yang harmoni, memupuk kesedaran hidup bermasyarakat berbagai kaum, membentuk kejiranan yang sihat serta ceria dan menyemarakan semangat patriotik serta cintakan negara.