BERITA | SOSIAL
SAJOHA JUARAI GOLF INTERSAINS MALAYSIA

5 Februari 2022 - Pasukan golf Alumni SM Sains Johor, Kluang (SAJOHA) menjuarai Kejohanan Golf Intersains Malaysia 2021 kategori Men Open. Sebanyak 16 pasukan alumni sains seluruh Malaysia menyertai kejohanan yang diadakan secara tahunan itu.


Ketua pasukan SAJOHA, Badrul Hassan Ibrahim berkata beliau tidak menyangka kemenangan berpihak kepada pasukan SAJOHA memandangkan saingan sengit daripada pasukan lain ditambah pula dengan tempoh persiapan pasukan yang singkat.


Pemain SAJOHA, Mohd Nadzri Mohd Zain menjuarai individu men gross manakala Amir Rashidi Abdullah menduduki tempat ketiga individu men nett. Kejohanan pada kali ini diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Bukit Kiara. SAJOHA menjuarai edisi sulung kejohanan ini pada tahun 2017.