BORAK SANTAI BICARA ILMU



LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM PERTUBUHAN - BORAK SANTAI BICARA ILMU
PENDAHULUAN
Pertubuhan Kebajikan Saudara Baru Kg. Batu 55 Maran, Pahang telah memohon geran bantuan daripada ROS Pahang (Malaysia) untuk menjayakan satu Program untuk ahliahli Pertubuhan. Geran tersebut telahpun diberikan oleh ROS pada 26/07/2022 berjumlah RM 7,900.00. Program tersebut dicadangkan untuk diadakan pada 15/09/2022. Ini disebabkan kekangan masa dan sukar mendapatkan ' Selebriti Penceramah ' yang terkenal. Sehubungan itu juga, masa agak terhad dengan pilihanraya umum yang diadakan pada
12/11/2022 yang mana kempen PRU bermula 2 minggu sebelum tarikh mengundi.
2. JUMLAH YANG DILULUSKAN
Geran yang diluluskan sebanyak RM 7,900.00 (GERAN MylCE 2022)
3. NAMA PROGRAM
Nama Program ' BORAK SANTAI BICARA ILMU t yang mana 2 orang penceramah telah
dijemput iaitu :-
3.1 Al-Fadhil Ustaz Tuan Hj. Nik Ibrahim B. Nik Abdullah.
Kadhi Daerah Jengka Pahang.
3.2 Al-Fadhil Ustaz Tuan. Hj. Hamdan Yusi Bin Yusuf.
Mantan Kadhi Daerah Muadzam Shah Pahang.
4. PERLAKSANAAN PROGRAM
Program tersebut telah diadakan pada 24/12/2022 di Dewan Auditorium Pejabat Agama Islam Daerah Maran, Pahang. Program ini adalah dikhaskan kepada semua ahli saudara baru beragama Islam dan tidak ketinggalan juga dijemput penduduk Kg. Batu 55 yang bukan beragama Islam. Pihak Pertubuhan juga menjemput 20 wakil dari Pejabat Agama Islam
Daerah Maran, Majlis Agama Islam Pahang dan Jabatan Kebajikan Orang Asli Daerah Maran (JAKOA) untuk hadir bersama.
Setiap penceramah diberi masa selama 2 jam untuk ceramah termasuk soal jawab kemuskilan .
Diatas tajuk ceramah / perbincangan ialah seperti berikut :-
4.1 Penceramah I — Indahnya beragama dan indahnya Islam disampaikan oleh
Al-Fadhil Tuan Hj. Hamdan Yusi Bin Yusuf.
4.2 Penceramah II — Mengenal Allah dan prinsip hidup berjiran.
5. Kehadiran pada keseluruhnya termasuk jemputan luar adalah seramai 100 orang dan sambutan adalah menggalakkan. Program keugamaan sebegini perlu diteruskan dimasamasa akan datang bagi mendalami ilmu keagamaan kepada ahli yang memeluk agama İslam.
6. PEMBERIAN GOODIES KEPADA PESERTA PROGRAM
Pihak Pertubuhan telah menyediakan barangan berupa bungkusan makanan kering kepada semua peserta Saudara Baru yang hadir yang mana barangan tersebut amat diperlukan.
7. PERBELANJAAN KEWANGAN Seperti dilampiran A.
8. GAMBAR PROGRAM / AKTIVITI Seperti dilampiran B.
9 PENUTUP
Program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan teratur tambahan pula terdapat sokongan daripada Pejabat Agama Islam Daerah Maran. Kebanyakkan peserta menunjukkan minat mendengar ceramah yang di aturkan walaupun program tersebut diadakan pada hari kelepasan tambahan pula terdapat sedikit masalah pengangkutan kepada mereka untuk hadir. Walau bagaimana masalah tersebut dapat diatasi.
Pihak Pertubuhan Saudara Baru juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ROS Pahang, Malaysia kerana meluluskan peruntukkan yang dipohon. Tanpa bantuan Geran tersebut pihak kami tidak berupaya melaksanakan program sebegitu disebabkan kekangan kewangan Pertubuhan.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar
Puan Ramlah bt. Long Chek
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Saudara Baru Maran, Pahang.