BERITA | SOSIAL
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA TAHUN 2022 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SEMABOK JAYA FASA 2 & FASA 3 MELAKA (2021)

Persatuan Penduduk Taman Semabok Jaya Fasa 2 & Fasa 3 Melaka (2021) telah berjaya memperolehi geran Malaysian Incentive Community Empowerment (2022). Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana Tahun 2022. Program ini telah diadakan pada 27 November 2022 yang melibatkan 110 orang penduduk bertempat di Taman Semabok Jaya Fasa 2 & Fasa 3. Antara objektif utama penganjuran program ini adalah:


  1. Menjadikan Taman Semabok Jaya Melaka sebuah taman yang bersih dari sampah sarap dan gejala berpenyakit.
  2. Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara ahli-ahli, penduduk-penduduk dan agensi-agensi kerajaan.
  3. Penanaman pokok sebagai simbolik program ini.
  4. Memahami dan mengetahui pentingnya kebersihan disekitar kita.