BERITA | SOSIAL
SAJOHA ANJUR SEMINAR KEUSAHAWANAN 2022 (MYICE)

Seramai 60 orang peserta menghadiri Seminar Keusahawanan SAJOHA 2022 anjuran Persatuan Alumni SM Sains Johor Kluang Johor (SAJOHA) di Bangi Avenue Convention Centre, Kajang baru baru ini.


Seminar yang yang diadakan selama 1 hari itu mendapat sokongan daripada JPPM melalui geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE). 6 orang speaker terlibat di dalam program tersebut termasuk 4 orang usahawan yang berkongsi pengalaman mereka dalam bidang industri makanan, pengiklanan, teknologi dan peruncitan selain penerangan mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak SME Bank.


Penyelaras program, Rosli Badron berkata, seminar ini dibuka kepada ahli-ahli SAJOHA yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan terutama mereka yang terkesan daripada pandemik Covid-19. Beliau juga berpuas hati dengan kehadiran yang menggalakkan daripada ahli SAJOHA.


"Walaupun sasaran awal adalah untuk mendapatkan 100 orang peserta, kehadiran 60 orang adalah memberangsangkan memandangkan program diadakan tatkala cuti sekolah dan cuti perayaan krismas di mana ramai ahli sibuk dengan urusan keluarga." Kata Rosli lagi.


Rata-rata peserta yang hadir ke seminar ini berpuas hati dengan pengisian program yang penuh dengan ilmu perniagaan yang bermanfaat.


Seminar Keusahawanan SAJOHA 2022 dirasmikan oleh Presiden SAJOHA, Azahari Baharum.